Sebenarnya apa itu Perancangan Kewangan?

Perancangan Kewangan adalah tindakan menstuktur dan mengaplikasi strategi mencapai matlamat kewangan.

Tapi, sudahkah anda mengetahui Matlamat Kewangan anda? Atau, anda masih blur dan tidak tahu apa matlamat kewangan dan perkara yang ingin dicapai?

Matlamat kewangan adalah seperti ingin bebas hutang, mahu melindungi pendapatan kerana masih terdapat tanggungan, membeli rumah, menyediakan tabung pendidikan untuk anak, memastikan harta yang dicipta semasa hidup tidak jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya, dan sebagainya.

Matlamat Kewangan berbeza mengikut individu. Antara faktor yang mempengaruhi perbezaan ini adalah seperti Umur, dan Pendapatan.

Mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak yang masih kecil, kebiasaannya tidak sama matlamat kewangannya dengan mereka yang masih bujang.

Mereka yang sudah berumur atau sudah berpencen, tidak sama matlamat kewangannya dengan mereka yang baru hendak mula bekerja.

Jadi Perancangan Kewangan tidak boleh hanya dilihat pada satu aspek sahaja. Sebagai contoh, jika anda berjumpa dengan ejen insurans, ejen insurans pasti akan mencadangkan anda untuk mengambil pelan insurans. Anda sendiri pun tidak pasti kenapa anda ambil pelan insurans kerana kawan-kawan yang lain pun mengambil pelan yang sama. Sedangkan matlamat kewangan anda tidak sama dengan mereka.

Begitu juga dengan ejen hartanah. Jika anda berjumpa ejen hartanah, mereka akan mencadangkan anda hartanah mengikut kelayakan gaji anda. Anda sering mendengar percakapan orang yang mengatakan membeli hartanah tidak rugi, namun hakikatnya bukan semua hartanah menguntungkan. Tak salah membeli hartanah, namun ramai yang tersalah beli hartanah.

Barangkali kenyataan saya akan menyinggung segelintir ejen insurans dan hartanah. Namun jika anda seorang ejen yang berkaliber, anda pasti tidak akan menjual hanya kerana hendak mengejar target dan mengabaikan nasib pembeli. Paling teruk, mengeluarkan “misselling statement” seperti “confirm cover”, dan “confirm untung”. Syabas saya ucapkan jika anda bukan ejen yang sedemikian. Jika sebaliknya, maaf saya ucapkan, masih belum terlambat untuk berubah.

Jadi sebelum memulakan Perancangan Kewangan, apakah matlamat kewangan anda?

Anda boleh mula dengan merangka tiga senarai, iaitu matlamat jangka masa panjang, jangka masa sederhana, dan jangka masa pendek.

Contoh matlamat jangka masa panjang :

✅ Tabung pendidikan anak

✅ Tabung persaraan

✅ Kelangsungan hidup waris jika berlaku hilang pendapatan

✅ Harta dapat diagihkan kepada waris mengikut kehendak

Contoh matlamat jangka masa pendek :

✅ Perlindungan risiko kesihatan

✅ Penggantian pendapatan terhadap risiko hilang upaya kekal dan sakit kritikal

Contoh matlamat jangka masa sederhana :

✅ Mengumpul deposit membeli rumah

✅ Menyediakan tabung perkahwinan

Begitulah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *