Setahun yang lepas, nilai yang ditunjukkan adalah sebanyak RM1,000,000 solid.
Hari ini, nilainya berkurang sebanyak RM110,000. Ya, genap setahun september ni.
Berkurang selepas menerima rawatan kanser; radioterapi, kimoterapi, surgeri, dan beberapa lagi.
Ini tak termasuk RM50,000 pampasan sakit kritikal, dan pengecualian bayaran sejak setahun yang lepas. RM205 sahaja sebulan. Umur 37 tahun. Pekerjaan kelas 1, merokok.
Beliau diuji kanser NPC cukup-cukup 2 tahun selepas mengambil takaful bersama saya lebih kurang 3 tahun yang lalu. Setelah melalui beberapa saringan, semua tuntutan yang saya nyatakan tadi, diluluskan tanpa prejudis.
“…based on literature study, only 50% had the chance to live. The other couldn’t make it”
Begitulah lebih kurang ayat doktor yang merawat haritu. Tak bertapis. Ringkas tapi pedih. Bayangkan kalau kita sendiri di tempat beliau.
Sebenarnya cuma nak ajak kalian semak berapa had tahunan polisi takaful yang kalian ada. Kes client saya ni RM110,000 setahun. Ada kes yang lebih dari tu.
Jika had tahunan rendah, cuba pertimbangkan untuk tambah. Sebenarnya ada polisi yang murah untuk tambah limit sedia ada kepada tanpa had, dan berfungsi hanya selepas had limit kad perubatan sedia ada habis.
