Setelah beberapa purnama, akhirnya saya terjumpa penyelesaian untuk menukarkan latarbelakang berwarna kuning adobe reader. Berikut adalah contoh latarbelakang yang berwarna kuning yang saya maksudkan. sepatutnya ia berwarna putih.

Berikut adalah cara menukarkan latarbelakang menjadi putih berseri.
Edit > Preference > Accessibility
Pilih Replace document color mengikut tetapan berikut.

Cubalah bereksperimen dengan menekan Use Windows Color Scheme. Jujurnya saya tidak gemar, kerana warna latar belakang masih tidak putih sepenuhnya.

Siap!