

Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob tempoh hari, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.
Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.
Berikut dikongsikan sedikit perincian rasmi yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja baru-baru ini.
- Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
- Tarikh permohonan online 1-30 April 2022
- Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
- Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50
- Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)
Sumber : KWSP