Eastspring Dinasti Equity ini adalah fund Islamic Equity yang invest pada market Greater China (Hong Kong, China dan Taiwan). Ia dilancarkan pada 26 Oct 2009. Setakat 28 Feb 2022, jumlah pelaburan pada fund ini adalah sebanyak RM1.4 Billion.

PRESTASI SEMASA EASTSPRING DINASTI EQUITY

Total Return (Pulangan Terkumpul)

  • 3 Tahun : 11.30%
  • 5 Tahun : 24.76%
  • 10 Tahun : 116.32%

Annualize Return (Prestasi Purata)

  • 3 Tahun : 0.89%
  • 5 Tahun : 3.14%
  • 10 Tahun : 7.36%

Calendar Return (Prestasi Tahunan):

  • Tahun 2021 : -11.38%
  • Tahun 2020 : 38.40%
  • Tahun 2019 : 24.74%
  • Tahun 2018 : -17.99%
  • Tahun 2017 : 34.25%

Prestasi Short Term:

  • Year To Date (YTD) : -22.82%
  • 3 Bulan : -22.42%

Fund Volatility : 17.2 (Very High Risk)

KUALITI FUND EASTSPRING DINASTI EQUITY

Lipper Scoring :

  • Total Return ; Skor 3 / Skor 5
  • Consistent Return : Skor 4 / Skor 5

Morningstar Rating : 3 Star

Berdasarkan Asset Allocation Eastspring Dinasti Equity setakat 28 February 2022, fund ini memfokuskan pelaburan pada sector Technology (44.76%).

Top Holdings hare fund ini adalah pada Taiwan Semiconductor, Tencent dan Alibaba.

ADAKAH SEKARANG MASA TERBAIK UNTUK INVEST DI EASTSPRING DINASTI EQUITY?

Pada Feb 2021, fund Eastspring ini berada pada paras harga tertinggi iaitu sekitar RM0.946 sebelum jatuh. Dan kini ianya berharga RM0.528 seunit. 

Kejatuhan begini sebenarnya yang paling ditunggu oleh ramai pelabur bijak. Kerana inilah peluang terbaik kerana untuk mendapatkan harga terendah dengan konsep asas jual beli yang mudah iaitu “Beli Murah, Jual Mahal”. 

Ini pula adalah FSM Star Rating.

Dapatan daripada FSM Star Rating ini, negara China, Hong Kong dan Taiwan (3 negara Conutry Allocation fund Eastspring Dinasti Equity) disenaraikan sebagai market yang ‘Very Attractive’.

In our Star Rating exercise, we look at key valuation metrics like PE and PB ratios, expected earnings growth, along with excess earnings yield to determine how attractive a particular market is. In addition, we consider the economic outlook, generational reforms as well as fiscal and monetary policies in a particular market and tie those stories with our estimates. The Star Rating reflects the upside potential of a market, which is inclusive of valuation expansion, expected earnings as well as expected dividends  (sumber)

KESIMPULAN

Pada tarikh posting ini dibuat, telah banyak insiden yang berlaku dan mempengaruhi ekonomi dunia. Antaranya krisis peperangan Rusia dan Ukraine, pasca Covid 19, dan krisis ekonomi China, Hong Kong dan Taiwan.

Pada 2 tahun lepas, fund ini telah pun mengalami rally kenaikan yang banyak sehingga hampir mencecah 100%. Namun, pada setiap kenaikan sesuatu graf yang sihat, pastinya akan berlaku sedikit penurunan, akibat profit taking, ataupun retracement.

Ini langsung tidak menunjukkan prestasi yang tidak baik bagi fund ini pada masa akan datang, kerana fundamental fund ini juga agak kuat.

Sebaliknya haruslah dilihat sebagai peluang yang datang kerana harga yang ditawarkan sudahpun “di lantai” iaitu RM0.52 seunit. Untuk rekod, harga terendah fund ini adalah RM0.49, sebelum naik ke paras tertinggi iaitu RM0.945. Pulangan 92.86% selama 2 tahun.

Secara peribadi, saya yakin fund ini akan naik kembali beraksi, apabila keadaan ekonomi China dan Hong Kong yang memonopoli sektor teknologi dunia, kembali stabil. Ya, sektor teknologi adalah sektor yang sentiasa relevan pada masa sekarang dan akan datang.

Untuk para pelanggan yang sedang dalam posisi merah sekarang ini, anda tidak digalakkan untuk Jual, ataupun Switch, kerana ia akan menjadikan kerugian itu nyata. (on paper loss)

Sebaliknya, anda digalakkan untuk mengambil peluang mempuratakan harga kos ringgit atau istilah lain “Dollar Cost Averaging”, dengan memBeli pada harga sekarang yang sedang diskaun habis-habisan. Ya cuma sayang, tidak boleh dibuat melalui potong KWSP sejak 1 April 2022.

Namun, anda masih boleh membuat pelaburan secara Tunai lump sum, ataupun bulanan bermula serendah RM100 untuk tidak melepaskan peluang membeli pada harga terendah sekarang.

Akhir kata, fahami konsep pelaburan. Setiap pelaburan mempunyai risiko. Ubah mindset dari pelabur “short term”, kepada “long term”. Kerana dengan itu barulah datangnya nikmat wang bekerja untuk kita, bukan kita bekerja untuk wang.

Disclaimer : Perkongsian ini adalah pendapat peribadi penulis. Penulis tidak akan bertanggung jawab atas sebarang kerugian yang dibuat pelabur selepas membaca penulisan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *