[ho.lis.tik] | هوليستيک

Definisi : bersifat saling berkait antara satu sama lain sbg suatu sistem bersepadu yg menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek ter­tentu sahaja: model ini bertujuan memberi­kan pandangan secara menyeluruh dan ~ bagi memahami konteks operasi sesuatu organisasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)​

Ini adalah Piramid Kewangan

Ia merangkumi beberapa strategi perancangan kewangan dalam mencapai sesuatu matlamat hidup. Setiap fasa saling melengkapi antara satu sama lain, dan harus dilihat secara holistik sebelum memulakan perancangan kewangan.

Untuk melengkapkan Piramid Kewangan, seseorang haruslah menjawab beberapa soalan bagi mengetahui keadaan kewangan dan keperluan semasa sebelum bertindak mengambil mana-mana instrumen dalam perancangan kewangan.

Instrumen perancangan kewangan adalah seperti Insurans dan Takaful, Unit Amanah, dan Wasiat.

Ini kerana keperluan setiap instrumen kewangan adalah tidak sama bagi setiap orang. Antara faktor yang mempengaruhi adalah umur, pendapatan, tanggungan, dan matlamat kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *